CH-46 Sea Knight
CH-46 Sea Knight

CH-46 Sea Knight

CH-46 Sea Knight adalah helikopter yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat untuk tujuan pengangkutan sederhana berat. Helikopter jenis ini mula digunakan dengan pembelian awal sebanyak 600 unit dalam tahun 1964 dan bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan berat sederhana pasukan Marin semasa Perang Vietnam.Helikopter ini menggunakan sistem dua kipas rotor (tandem rotor) yang memberikannya pengendalian yang lebih baik di dalam keadaan angin kencang yang membolehkan helikopter ini membuat perubahan kedudukan dan hala dengan cepat semasa pergerakan helikopter yang perlahan. Helikopter ini boleh membawa 25 orang anggota tentera serba lengkap dan boleh mengangkut 3 tan muatan dan boleh terbang selama 2 jam. Perut kapal yang luas membolehkan ia digunakan untuk memasang pengusung bagi memindahkan mangsa bencana. Helikopter ini boleh mendarat dan terapung sehingga 2 jam di atas air sekiranya perlu membuat pendaratan kecemasan.Penerbangan sulung helikopter ini dibuat dalam bulan April 1958, sebagai satu inisiatif sendiri syarikat Boeing Vertol yang mengunjurkan aplikasi ketenteraan. Tentera Darat membuat penilaian ke atas 3 buah helikopter tetapi akhirnya mahukan helikopter yang lebih besar dan boleh mengangkut muatan lebih berat.Pasukan marin pula melihat helikopter ini paling ideal untuk memenuhi keperluannya. Pengubahsuaian dibuat supaya rotornya boleh dilipatkan untuk memaksimumkan ruang simpanan, dan pintu tanjakan yang boleh dibuka semasa penerbangan. Helikopter ini juga dipasangkan mesin angkut (hoist) yang boleh mengangkat beban sehingga 5 tan. Helikopter CH-46A yang pertama membuat penerbangan dalam bulan Ogos 1962 dan diterima berkhidmat mulai tahun 1964.

Rujukan

WikiPedia: CH-46 Sea Knight http://www.boeing.com/history/boeing/seaknight.htm... http://www.boeing.com/rotorcraft/military/ch46e/in... http://www.colheli.com/ http://www.khs-sa.com/ http://www.history.navy.mil/planes/ch46.htm http://hqinet001.hqmc.usmc.mil/AVN/documents/aircr... http://www.airliners.net/search/photo.search?aircr... http://www.airliners.net/search/photo.search?aircr... http://www.thai-aviation.net/military%20-%20RTA.ht... http://www.aeronautics.ru/nws002/military_aircraft...